Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia!!.. ^__^



Salam semua... kat entry ni saya juga tak nak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan kita kerana telah berjaya memenangi Piala Suzuki AFF 2010 menentang pasukan Indonesia..  dengan aggregate 4-2... Tahniah dan syabas saya ucapkan.. semoga prestasi mereka semakin bertambah baik lagi dan terus membuat rakyat Malaysia bangga...


Piala Suzuki akhernya milik kita!!.. ^^



Hmm.. semalam saya pun ada tengok perlawanan tu...thanx to RTM sebab menyiarkan siaran langsung perlawanan penting itu semalam..hehe.. walaupun saya nie bukanlah peminat bola sangat sbab rasenya saya tengok bola time perlawanan penting je mcm FIFA aritu ngan perlawanan semalam.. sebab pasukan negara main.. hehe... mestilah kena sokong!!.. ^^  ... memang mendebarkan sungguh la perlawanan tu.. memang x senang duduk sy menengok nye,,.. tp Alhamdulillah Malaysia menang...




Tahniah kepada pasukan kebangsaan!!


Kesemua pemain kebangsaan menunjukkan prestasi dan kerjasama yang cemerlang.. Tahniah juga kepada Safee Sali pemenang kasut emas-penjaring gol terbanyak dgn 5 gol...  dan juga Khairul Fahmi penjaga gol kebangsaan.. saya memang kagum ar dengan dia nie.. berapa banyak kali kena attack dengan pemain Indonesia pun dia berjaya untuk menangkis serangan bola lawan even pun ada terlepas juga bola tu 2 kali.. tp kecekapan beliau menyelamatkan gawang kita dari serangan bola pemain Indonesia harus dipuji.. selain itu tahniah gak ngan Safiq Rahim sebagai ketua pasukan kebangsaan....  Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan kebangsaan kita..  Harap kita dapat mengekalkan prestasi yg baik lagi di masa akan datang... dengan semangat MALAYSIA BOLEH!!!    \\(^o^)//


*Pix from Prof. Google .. (o^^)





2 comments:

  1. Yah! Tahniah Malaysia. Suka2! Mmg cuak je kan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah Malaysia menang.. yup.. memang nervous la.. tengok perlawanan nie.. hehe..^^

    ReplyDelete